senario 1
dorang nie baik sangat.
kadang-kadang,
dorang suka kasi biskut yg dorg buat sendiri.
kadang-kadang kasi keklah dan macam macam lagi.
aku slalu tolak sebab aku tak tau ape bahan2 yg mereka gunakan.
tadi, salah seorang dr kwn lelaki aku yg berbangsa cina bawa kek jeli strawberi.
wah, kelihatan menawan. bau pun enak.
tergoda iman aku nak makan kek tu.
abeh, dia jalan di seluruh kelas utk mengagih-agihkan hasil keknya.
sampai kat aku, dgn sedihnya aku tolak pemberiannya.
seluruh tumpuan tertumpu pada aku.
dia pun tny: "kenapa tanak? amik ah!"
aku kata: "hmm.. sakit tekak ah..*walhal alasan lain.*"
dia jawab balik: "kek nie tak kasi kau sakit tekak."
aku kata: "hmm..takpe takpe..."
dgn wajah yg sedikit hampa, dia pun beralih ke teman aku.
round ke 2, dia tiba lagi dgn sedulang kek strawberi nya.
dia cuba lagi, dia mempelawa aku lagi.
sekali lagi aku tolak.
dgn wajah yg sedikit sugul, sekali lagi dia beralih.
round ke 3, dia hadir lagi bersama keknya.
sekali lagi, dia pelawa.
dan sekali lagi aku tolak.
tiba-tiba, seorang teman bersebelahanku bersuara..
"alah, amik dan makan jelah! jangan lah malukan dia!"
aku sedikit tersentak.
pada saat itu, hati aku sedih.
bukan niat hati aku tidak mahu.
namun apakan daya, aku tidak yakin dgn bahan2 yg digunakannya.
tetapi mereka tidak memahami.
dan aku pula tidak cuba utk memahamkan mereka.
sebentar kemudian, mereka berbual mengenai resipi kek tersebut.
kawan aku pun memberitahu bahawa dia telah menggunakan gelatin sebagai salah satu daripada bahan-bahannya.
aku menghela nafas lega.
aku bersyukur aku tidak terikut dgn hawa nafsuku.
senario 2
aku sedang duduk semeja bersama teman-teman rapatku yg hampir2 semua berbangsa cina.
mereka sedang membicarakan topik "perhubungan lelaki dan perempuan"; topik yg paling aku tidak gemari. sebab, akhir sesi perbualan tersebut, mereka pasti akan menanyaku, "kenapa kau tanak cari matair?"
bila dorg bebual pasal hubungan lelaki dan perempuan, intisari yg diperbualkan sesama teman melayu dan teman cina amat berbeza bagiku. ini adalah kerana persepsi mereka mengenai cinta adalah sedikit berbeza.
bagi mereka, cinta harus diisi bukan sahaja dengan pautan emosional namun harus juga dengan pautan fizikal. apa lagi yang hendak aku kata?
di poly inilah, aku mengenal erti kata "gigitan cinta" atau dikenali dengan "lovebite".
di poly inilah, aku tahu proses tersebut dan yang lebih2 lagi.
di poly inilah, minda aku terbuka atau boleh juga dikatan perlu dibuka dengan perkara sedemikian.
adakala, aku tidak tahu bagaimana utk mengatakan bahawa, Islam tidak membenarkan seorang lelaki dan seorang perempuan yg bukan muhrim utk bersentuh2an.
adakala, adalah teramat sukar bagiku utk meluahkan pendapatku kepada mereka.
senario 3
hari isnin, waktu pembelajaran aku amat ketat(9pg-5ptg). aku hanya mempunyai 1jam waktu rehat iaitu pada pukul12-1ptg.
adakala, aku buntu, "hendak ke kelas lewat sedikit atau solat lewat?" pernah sekali, aku terlalu buntu. terdetik di hatiku utk hanya mengqadha'kan solat zuhur ku sahaja. kerana pada pemikiranku tatkala itu, "ah aku sedang belajar. tak dapat dielak. lagipun brp ramai org melayu qadha'.(wlpn ntah btol ntah tidak dorg qadha', tu lain cerita."
tapi, jam 2ptg, seusai kelas pelajaran business law ku, teman karibku yg berbangsa cina bertanya: "fatimah, pukul brp kau nak sembahyang?" ini adalah kerana, selalunya aku akn masuk lecture yg pukul 2ptg sedikit lewat utk tunaikan solatku.
tatkala itu, aku tersentak. "ah bagaimana nie? teman ku sudah bertanya. kalau aku kate aku nak qadha'. lain kali, dia akan membidas dgn mengatakan.."kan boleh qadha"..."
tetiba, tuhan menggerakkan hatiku utk dtg lewat ke lecture lagi dan aku pun terus menuju utk tunaikan solat zuhurku.
kesimpulannya
bertemankan seorang berbangsa dan beragama lain mempunyai sedikit kesukaran.. kerana.. bagi senario-senario di atas, adalah sukar utkku terangkan pada mereka kesukaran yg aku hadapi..
aku bukan tidak mahu menerangkan mereka.
tetapi, aku berfikir..
di dalam kelas, aku mempunyai 4 teman melayu.
andai aku terangkan mereka, pasti mereka akan membidas dgn mengatakan..
"kenapa melayu lain boleh, engkau tak boleh?"
ah.. leceh ah!
kadangkala, mereka hanya fikir "oh dia, memakai tudung, dia muslim."
tetapi Islam bukanlah sekadar dgn memakai tudung.
Islam mempunyai syarat dan batas pada setiap yg kita lakukan.
andai lah mereka faham...