Berserah - Taufik Batisah
Gerhana meliputi segala
Tiada lagi sinaran cahaya
Keinginan tanpa kepastian
Tak mampu rasanya ku teruskan,
ku meneruskanBiarlah,
ku relakan segala
walau hidupku sebuah tanda tanya mengapa
Biarpun tak mampuku bertahan
Takkan pernah ku akui kalah
Masih terdampar ku disini
Tiada jalan mungkin ku lalui
Haruskah hidupku dipersenda?
Mengharungi dugaan yang berlanda.
Ku berserah.
Biarlah ku relakan segala
walau hidupku sebuah tanda tanya mengapa
Biarpun tak mampu ku bertahan
Takkan pernah ku akui kalah
Tuhanku ku relakan segala
Takkan pernah ku akui kalah
Ku percaya ku yakin pada-Nya
Dia yang menentukan semua
Ku berserah…
Berserah - scene1
pada akhir tahun 2007,
adik aku mendapat keputusan peperiksaannya
itu merupakan detik yang menentukan dia naik JC2 ataupun tidak
namun, apabila dia menerima keputusannya
hatinya hancur luluh bak mutiara pecah berderai
beberapa hari tidak berbicara bersama kami sekeluarga
hatiku turut sedih melihat akan keadaannya
tetapi lama kelamaan, adikku mula mengerti
ini adalah ketentuanNya
dia telah pun berikan yang terbaik sewaktu peperiksaannya
ini bakal dibuat pengajaran
mungkin 'retain in yr1' adalah detik permulaan bagi sesuatu yang baru
adikku mula berserah..
keadaan kembali normal
semasuknya tahun 2008,
adikku perlu kembali ke sekolah
di saat itu, sahabatnya yang juga perlu 'retain', memberitahunya
bahawa namanya tiada tertera di dalam list JC1
adikku terpinga seketika
di manakah namaku?
di saat itu juga, sahabatnya yang naik darjah ke JC2
terdengar nama adikku disebut cikgu
kebetulan, adikku juga periksa namanya di list JC2
dan di situ, terlihat akan namanya..
Subhanallah
Betapa agungnya kuasa yang maha Esa
Dia lah yang berkuasa menukar andai Dia mahu
Oleh itu, walau di saat yang getir,
walau diri berasa amat kecil,
usah akui kalah
berserahlah padaNya
sesungguhnya Dia lah yang berkuasa di atas segala sesuatu..
Wallahua'lam.